Punca Sebenar Pelajar Lelaki Tingkatan 4 Berlumuran Darah Dihentam Dengan Kejam Oleh Sekumpulan Pelajar Dari Gabungan Tiga Sekolah.


KUALA LUMPUR: Kesilapan identiti menyebabkan dua pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Setiawangsa di sini, parah dalam pergaduhan membabitkan pelajar tiga sekolah lain di Wangsa Maju, semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu persekolahan, mendakwa diserang sekumpulan pelajar. Ketika kejadian, mangsa yang melalui Jalan Wangsa Siaga di sini, terserempak dengan sekumpulan 15 lelaki menaiki lapan motosikal dipercayai pelajar sebuah sekolah di Lembah Keramat. Mereka dikatakan bersenjatakan besi, cota, kayu besbol, topi keledar dan kayu. Kumpulan terbabit secara tiba-tiba mengejar mangsa yang disangka `musuh' dari dua sekolah lain, di kawasan Jalan AU5D/1, Lembah Keramat, Ampang. Susulan kejadian, beberapa penduduk menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Melawati tiba ke tempat kejadian lalu menahan 12 daripada pelajar terbabit. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan. Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi mengenal pasti mereka yang terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan.



No comments

Powered by Blogger.